Saturday, May 9, 2009

Penyerahan Bendera Jambori Melaka kepada Kontinjen Selangor






Pada 9 Mei 2009 telah berlangsung acara penyerahan bendera Selangor dan bendera Pengakap kepada Ketua Kontinjen Negeri Selangor ke Jambori Melaka 2009. Majlis berlangsung di SMK Taman Bunga Raya (1). Ketua Kontinjen Negeri Selangor kali ini ialah Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor sendiri iaitu Tuan Che Zainuddin. Moga kontinjen Negeri Selangor kali ini akan membawa lebih banyak kejayaan. Turut hadir ialah Pesuruhjaya Negeri Selangor, Tuan Haji Ishak bin Jonid, Pesuruhjaya Sumber Dewasa dan Latihan Negeri Selangor, Tuan Haji Rahmat bin Jaafar, Pesuruhjaya Tugas-tugas Khas Negeri Selangor, Tuan Ariff Hairoman, Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah-daerah Negeri Selangor dan pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan Jambori Melaka 2009.

No comments:

Post a Comment