Thursday, February 26, 2009

Mesyuarat Pengakap Daerah Kali Kedua 2009


R



Tempat : SMK Taman Bunga Raya (1)
Tarikh : 26 Februari 2009
Masa : 2.30- 5.00 petang
Kehadiran : En Kamal Rusdi, En Fuzi, Pn Yusma (Pegawai PPD) dan Pemimpin-pemimpin pengakap setiap sekolah
Pemimpin SMKSC terlibat : Puan Halezza Ibrahim dan Pn Rozilah Zainal Abidin
Agenda : Membincangkan perancangan aktiviti pengakap daerah termasuk pendaftaran

Wednesday, February 25, 2009

Lencana Jayadiri dan Lencana Hobi


Latihan Kawat Tongkat oleh Pengakap Remaja


Mohd Safuwan Effendy memberi arahan


Kawat Tongkat dikendalikan oleh Ketua Troop 36


Latihan Kawat Asas Perbarisan bagi Pengakap Muda dikendalikan Kelana




Mengemaskini buku log


Pengakap Remaja membuat catatan berkenaan peranan Parlimen



Pengakap Muda menampal bahan-bahan yang mereka kumpulkan


Perjumpaan pada 25.02.2009 dengan jayanya diadakan bagi membolehkan pengakap Muda mendapatkan lencana hobi manakala Pengakap Remaja bagi memperoleh lencana Jayadiri. Pada setengah jam terakhir ahli Pengakap Muda mengadakan latihan asas kawat manakala ahli Pengakap Remaja mengadakan latihan kawat tongkat.

Tuesday, February 24, 2009

Kompang ditalu pembuka majilis





Pasukan kompang yang terdiri daripada ahli pengakap telah mempersembahkan taluan kompang mereka pada Majlis Watikah Perlantikan Para Pengawas, PRS, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tungkatan yang diadakan pada Jumaat, 20 Februari 2009. Penglibatan mereka sebagai pembuka majlis dalam kebanyakan acara yang diadakan di sekolah melayakkan Pengakap Remaja ini untuk memperoleh lencana kegiatan.

Sunday, February 22, 2009

HARI PENGASAS PENGAKAP SEDUNIA


22 Februari 1857 - 8 Januari 1941

Bahawa Dengan Sesungguhnya ... Saya Berjanji Dan Bersetia ...
Yang Saya ... Dengan Seberapa Daya Upaya Saya ... Akan ...

Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.


Bermula dengan usaha mengumpulkan budak-budak terbiar dan melepak, kemudiannya mengadakan perkhemahan pertama di Pulau Brownsea pada tahun 1907, telah berjaya menarik minat kanak-kanak dan remaja untuk mendewasakan diri dan berdikari.

Tahun perkhemahan pertama itulah bermulaya Sejarah Pengakap Dunia yang dipelopori oleh Lord Baden Powell of Gilwell (1857-1941) atau lebih mudah disebut sebagai BP.

Walaupun BP sudah meninggal pada tahun 1941, tetapi jasanya mendisiplinkan kanak-kanak dan remaja melalui ilmu kePengakapan tetap dikenang. Tarikh lahirnya pada 22 Februari telah dijadikan Hari Pengasas Pengakap di seluruh dunia.

Selamat Menyambut Hari Pengasas Pengakap Sedunia

kepada seluruh Warga Pengakap Malaysia!

DIPETIK DARI: PPM 38 HULU LANGAT, SELANGOR

Monday, February 16, 2009

PERANCANGAN AKTIVITI PENGAKAP REMAJA

BIL TARIKH PERANCANGAN AKTIVITI PENGAKAP REMAJA
1 14.01.09 Mesyuarat Agung
2 28.01.09 Program Kursus Sehari Pengurusan Kelab & Persatuan
3 11.02.09 Latihan Perbarisan
4 25.02.09 Lencana Jayadiri
5 11.03.09 Lencana Kegiatan - Kebudayaan
6 01.04.09 Lencana Kegiatan - Kebudayaan
7 15.04.09 Lencana Kemahiran - Simpulan dan Ikatan
8 29.04.09 Lencana Kemahiran - Sistem Takal dan Pancang
9 13.05.09 Lencana Kemahiran - Projek Perintis
10 27.05.09 Lencana Kemahiran - Ikhtiar Hidup
11 24.06.09 Lencana Kemahiran - Plaster Cast
12 08.07.09 Lencana Kemahiran - Penganggaran
13 22.07.09 Lencana Perkhidmatan - Pemadam Api
14 29.07.09 Lencana Perkhidmatan - Pertolongan Cemas
15 05.08.09 Lencana Perkhidmatan - Khidmat Masyarakat
16 12.08.09 Lencana Ekspedisi - Teori
17 19.08.09 Lencana Ekspedisi - Ekspedisi 2009
18 02.09.09 Anugerah Rambu Kuning

PERANCANGAN AKTIVITI PENGAKAP MUDA

BIL TARIKH PERANCANGAN AKTIVITI PENGAKAP MUDA
1 14.01.09 Mesyuarat Agung
2 28.01.09 Program Kursus Sehari Pengurusan Kelab & Persatuan
3 11.02.09 Latihan Perbarisan
4 25.02.09 Lencana Kegemaran - Hobi
5 11.03.09 Lencana Juru Perpustakaan
6 01.04.09 Lencana Usaha
7 15.04.09 Lencana Usaha
8 29.04.09 Lencana Tukang Masak
9 13.05.09 Lencana Ilmu Perintis
10 27.05.09 Lencana Ahli Komputer
11 24.06.09 Lencana Maju
12 08.07.09 Lencana Maju
13 22.07.09 Lencana Pemadam Api
14 29.07.09 Lencana Pertolongan Cemas
15 05.08.09 Lencana Ahli Anti Dadah
16 12.08.09 Lencana Jaya
17 19.08.09 Lencana Jaya
18 02.09.09 Anugerah Rambu Pengakap Muda

PERANCANGAN AKTIVITI PENGAKAP 36







SMK SUNGAI CHOH, 48000, RAWANG


PENGAKAP 36 HULU SELANGOR


http://36pengakaphs.blogspot.com




BIL TARIKH PERANCANGAN AKTIVITI PENGAKAP MUDA PERANCANGAN AKTIVITI PENGAKAP REMAJA
1 14.01.09 Mesyuarat Agung Mesyuarat Agung
2 28.01.09 Program Kursus Sehari Pengurusan Kelab & Persatuan Program Kursus Sehari Pengurusan Kelab & Persatuan
3 11.02.09 Latihan Perbarisan Latihan Perbarisan
4 25.02.09 Lencana Kegemaran - Hobi Lencana Jayadiri
5 11.03.09 Lencana Juru Perpustakaan Lencana Kegiatan - Kebudayaan
6 01.04.09 Lencana Usaha Lencana Kegiatan - Kebudayaan
7 15.04.09 Lencana Usaha Lencana Kemahiran - Simpulan dan Ikatan
8 29.04.09 Lencana Tukang Masak Lencana Kemahiran - Sistem Takal dan Pancang
9 13.05.09 Lencana Ilmu Perintis Lencana Kemahiran - Projek Perintis
10 27.05.09 Lencana Ahli Komputer Lencana Kemahiran - Ikhtiar Hidup
11 24.06.09 Lencana Maju Lencana Kemahiran - Plaster Cast
12 08.07.09 Lencana Maju Lencana Kemahiran - Penganggaran
13 22.07.09 Lencana Pemadam Api Lencana Perkhidmatan - Pemadam Api
14 29.07.09 Lencana Pertolongan Cemas Lencana Perkhidmatan - Pertolongan Cemas
15 05.08.09 Lencana Ahli Anti Dadah Lencana Perkhidmatan - Khidmat Masyarakat
16 12.08.09 Lencana Jaya Lencana Ekspedisi - Teori
17 19.08.09 Lencana Jaya Lencana Ekspedisi - Ekspedisi 2009
18 02.09.09 Anugerah Rambu Pengakap Muda Anugerah Rambu Kuning

Sunday, February 15, 2009

Majlis Pentauliahan & Mesyuarat Pengurusan PPM Negeri Selangor

Pada 15 Februari 2009, Pn Halezza selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor Unit Program telah menghadiri Majlis Pentaulihan dan Mesyuarat Pengurusan PPM Negeri Selangor bertempat di SK Puncak Alam, Kuala Selangor dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor, En. Che Zainuddin telah terpilih untuk menjadi ketua Kontinjen Negeri Selangor ke Jambori Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke 7 di Kem Tan Chai Yan, Melaka. SMK Sungai Choh pula akan mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan Kebudayaan. Cikgu Suhaini dari SMK Kuala Khubu Bharu merangkap setiausaha kontinjen negeri.

Semoga kepercayaan mengurus kontinjen Negeri Selangor ke Jambori Antarabangsa Melaka yang diberikan oleh PPM Negeri Selangor kepada Daerah Hulu Selangor dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

Friday, February 6, 2009

Pengakap Tanpa Batasan




PERKHEMAHAN & SUKAN

PENAWANAN PUNCAK GUNUNG LEDANG



KAWAT KAKI


KHIDMAT MASYARAKAT


Banyak aktiviti pengakap seperti perkhemahan, kebudayaan (kompang dan Silat), kawat kaki Peringkat Negeri Selangor, kesukanan dan Khidmat Masyarakat (korban, penanaman pokok ) telah dijalankan sepanjang tahun semenjak penubuhannya di SMK Sungai Choh di bawah pimpinan guru-guru pengakap seperti cikgu Kamarulzaman dan cikgu Azmi.