Wednesday, May 11, 2011

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Sekolah











Pada 4 Mei 2011, pertandingan Kawad Kaki antara Unit-unit beruniform peringkat sekolah telah diadakan di padang sekolah. Semua unit-unit beruniform sekolah iaitu KRS, Puteri Renjer, Puteri Islam, Pengakap, Kadet Polis, Kadet Bomba dan BSMM telah mengambil bahagian. Pasukan Pengakap 36 telah berjaya merangkul JOHAN dalam pertandingan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh KRS manakala tempat ketiga dimenangi oleh Puteri Renjer. Adik Hanif Azmi juga telah terpilih sebagai ketua platun terbaik.

Perkhemahan Pelantikan Vigil Kelana Hulu Selangor






Pada 23 - 24 April 2011, seramai 30 orang kelana kumpulan 36 telah menyertai perkhemahan pelantikan vigil Kelana Hulu Selangor yang telah diadakan di SMK Syed Masyhor, Batang Kali, Hulu Selangor. Dalam perkhemahan tersebut juga, pasukan Kelana Kumpulan 36 telah berjaya menjadi JOHAN pertandingan forum bertajuk Globalisasi Melahirkan Generasi Glokal dan Mengikis Obsesi Masyarakat.