Monday, December 28, 2009

Kem Ujian Lencana XPDC dari Hulu Selangor - Fraser Peringkat Negeri Selangor






































Pada 17 Disember hingga 22 Disember 2009 PPM Negeri Selangor telah menjalankan ujian Lencana Ekspedisi yang bermula dari Hulu Selangor ke Bukit Fraser. Dengan kerjasama semua jabatan kerajaan Hulu Selangor, alhamdulillah, kem tersebut berjalan dengan jayanya. Ekspedisi bermula dari SMAT Kuala Kubu Bharu pada malam pertama kemudian ke SMK Kuala Kubu Bharu pada malam kedua dnegan menjalankan tugasan-tugasan di sekitar pekan kuala Kubu Bharu. Kemudian mula bergerak ke Kem Santuari Sungai Siling dan bermalam di sana. Kemudian keesokan harinya memulakan perjalanan ekspedisi ke Bukit Fraser. Terima kasih semua atas kerjasama menjayakan kem ini. Tahniah kepada semua peserta pengakap Remaja di mana mereka ialah calon-calon pengakap Raja Negeri Selangor. Dua orang dari mereka ialah pelajar SMK Sungai Choh. Gambar hanya di sekitar tarikh 21 Disember dan 22 Disember. Gambar sepanjang perjalanan ekspedisi sekitar tarikh 17 hingga 20 Disember akan diusahakan kelak.

Wednesday, December 9, 2009

Mesyuarat Urusetia Kem Ekspedisi Pengakap Remaja Negeri Selangor






Pada 6 Disember 2009 telah diadakan mesyuarat kedua Urusetia bersama badan-badan kerajaan Hulu Selangor dan Raub bagi membincangkan pelbagai perkara berkenaan persediaan Kem Ujian Lencana Ekspedisi Pengakap Remaja (Hulu Selangor ke Bukit Fraser), peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 17 Disember hingga 22 Disember 2009. Semua ADC dan PLD Hulu Selangor juga hadir pada mesyuarat ini memandangkan Hulu Selangor sebagai tuan rumah perkhemahan ini. Terima kasih di atas kerjasama semua badan-badan kerajaan yang sanggup datang dan menjayakan mesyuarat ini.

Saturday, November 21, 2009

Perkhemahan kenaikan Pangkat Unit Uniform NGO Peringkat Negeri Selangor 2009



















Perkhemahan peringkat Negeri Selangor ini diadakan di Sekolah Menengah Agama Rawang yang melibatkan unit-unit uniform Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam dan PBSM. Ia berlangsung selama empat hari mulai 20 November hingga 23 November 2009. Objektif perkhemahan ini ialah mengadakan pelbagai ujian bagi kenaikan pangkat atau lencana. Hulu Selangor telah menghantar 9 ahli pengakap yang terdiri daripada Pengakap Muda dan Remaja dan 6 orang ahli Puteri Islam. Antara jurulatih daripada Hulu Selangor yang terlibat dengan perkhemahan ini ialah En. Murshid, En. Sahrom, En. Santhasekaran dan Puan Halezza.