Saturday, March 21, 2009

Kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan Pengakap Daerah Hulu Selangor


























Pada 11 dan 12 Mac 2009, Pengakap Persekutuan Malaysia Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan di SK Seri Keledang, SKC Bernam, Slim River, Perak Darul Ridzuan. Seramai 365 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang melibatkan semua ketua patrol pengakap sekolah rendah dan menengah daerah Hulu Selangor. SMK Sungai Choh menghantar 4 orang ahli pengakap sesi petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertolongan cemas, pengembaraan, aktiviti kemasyarakatan, ikatan dan simpulan, ikhtiar hidup dan asas kawad kaki. Majlis perasmian penutupan dilakukan oleh wakil PPD, Tuan Kamal Rusdi dan Penyelia Kokurikulum Daerah Hulu Selangor, Puan Yusma. Ribuan terima kasih atas sokongan pihak PPD yang sama-sama memberi sokongan terhadap perkembangan Pengakap Daerah Hulu Selangor.

Sunday, March 8, 2009

Tak Jemu berlatih






Walaupun pada hari Ahad, cikgu Su dan Ain tak jemu melatih peserta tarian kebudayaan. Tahniah dan terima kasih.

Thursday, March 5, 2009

Latihan Tarian Kebudayaan ke Jambori Melaka 2009






Pengakap Muda sedang giat berlatih tarian kebudayaan untuk mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan Kebudayaan ke Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke 7 yang akan diadakan pada 30 Mei - 4 Jun 2009 di bawah bimbingan Cik Su, Ain dan Nana.

Monday, March 2, 2009

Perkongsian Ilmu oleh Pengakap Raja




Pada 2 Mac 2009, Cikgu Sharom telah datang ke SMK Sungai Choh untuk bersama-sama berkongsi ilmu tentang strategi "Pengakap Raja" bersama-sama dua orang calon Pengakap Raja Hulu Selangor iaitu Mohd Akashaf bin Anuar dan Dzulfittry bin Aziz. Cikgu Sharom yang amat meminati pengakap pernah dikurniakan anugerah Pengakap Raja pada tahun 1990 ketika berada di Tingkatan Empat . Semoga dengan perkongsian ilmu ini akan membuahkan kejayaan kelak dalam melahirkan Pengakap Raja yang berkualiti.

Sebelum itu juga cikgu Sharom selaku Timbalan Pengerusi Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor telah memberi taklimat kepada pengakap-pengakap Kelana sekolah.