Thursday, April 30, 2009

Kursus Manikayu Asas Penerangan Daerah Hulu Selangor









Pada 30 April 2009 berlangsungnya Kursus Manikayu Asas Penerangan Daerah Hulu Selangor diadakan di SMK Sungai Choh. Ia disertai oleh 32 orang pemimpin pengakap daerah yang melayakkan mereka untuk menjadi pemimpin pengakap yang bertauliah. Langkah seterusnya yang perlu dilalui oleh pemimpin ialah manikayu 1, 2, 3a, 3b dan peringkat 4. Antara jurulatih yang terlibat dalam kursus ini ialah Tn Haji Rahmat bin Jaafar (Penolong Pesuruhjaya Sumber Dewasa dan Latihan Negeri Selangor), Tn Hajah Sariah binti Haji Yahya (Penolong Pesuruhjaya Negeri Selangor) dan Tuan Santhasekaran (Penolong Pesuruhjaya Sumber Dewasa dan Latihan Daerah Hulu Selangor). Pemimpin pengakap SMK Sungai Choh yang turut menyertai kursus ini ialah Pn Siti Shanaz dan En.Kamarulzaman (pemimpin pengakap remaja) dan juga Pn Eda Edna, Pn. Rozilah dan Pn Azilah (pemimpin pengakap muda). Semoga pengakap terus maju...

Sunday, April 26, 2009

Kenangan Sekitar Sambutan 100 Tahun PPM









Seramai 10 orang ahli pengakap SMKSC yang terdiri daripada Pengakap Muda, Remaja dan Kelana dan seorang guru pengiring, Pn Azilah Jais menyertai perhimpunan raksaksa sambutan 100 tahun PPM di Stadium Negara, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mereka mengikuti rombongan PPM Daerah Hulu Selangor dengan menaiki 2 bas iaitu seramai 70 ahli pengakap dan 11 orang pemimpin.
Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Pelajaran Malaysia. Antara orang kenamaan yang hadir ialah Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agong Kehormat PPM, Dato' Sri Dr Haji Shafie bin Hj Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Kaharudin bin Monin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mr. Jejomar C. Binay, Presiden Pengakap Region Asia Pasifik dan ramai lagi wakil pergerakan pengakap dari luar negara dari seperti Australia, Bangladeh, Brunei, India, Indonesia, Jepun, Maldives, Filipina, Singapura, Thailand, Timur Lestee, New Zealand dan Malta.
Dianggarkan sekitar 7000 orang memenuhi stadium. Antara persembahan yang diadakan ialah pameran pengakap, formasi kompang dari SK Sungai Kertas, Gombak, kawad kaki daripada Johor dan tarian daripada SK Polis Kem, Kulai Jaya, Johor. Tahniah atas semua yang sama-sama menyerikan majlis yang sungguh bermakna ini.

Wednesday, April 22, 2009

UJIAN LENCANA BERBASIKAL DAERAH HULU SELANGOR 2009
























r














Ujian Lencana Berbasikal Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SMK Kuala Kubu Bharu pada 22 April 2009 dari jam 8.00 hingga 5.00 petang. Seramai 128 orang peserta yang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda Daerah Hulu Selangor telah berjaya mendapat lencana tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah mengenali komponen basikal, cara membaiki basikal, ujian bertulis, ujian amali dan pengembaraan sekitar pekan Kuala Kubu Bharu. Sepanjang pengembaraan mereka perlu menyempurnakan tugaan yang diberikan antaranya menemuramah pegawai di Pejabat Pos, Bomba, Balai Polis dan Masjid Kuala Kubu Bharu. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh pegawai PPD En. Kamal Rusdi . Turut hadir En Fuzi sebagai memberi sokongan kepada pergerakan pengakap daerah.

SMK Sungai Choh telah menghantar 4 orang Pengakap Muda untuk mendapatkan lencana dan 4 orang Pengakap Kelana untuk menjadi penolong jurulatih. Bekas pelajar Mohd Akashaf bin Anuar turut menyumbangkan tenaga dalam menjayakan ujian berbasikal ini.