Monday, July 20, 2009

Penyertaan Kempori Gombak 2009


Seramai 3 orang pengakap Remaja dan seorang pengakap Muda telah menyertai Kempori Gombak 2009 yang telah diadakan di Kem Templer, Selayang, Selangor pada 17 Julai hingga 20 Julai 2009. Kejayaan mereka menyertai Kempori ini melayakkan pengakap Remaja untuk memperoleh Lencana Kemahiran manakala pengakap Muda akan memperoleh Lencana Maju masing-masing selain Lencana Kempori yang disediakan pihak penganjur. Terima kasih kepada PPM Gombak yang sudi menjemput kami sebagai peserta jemputan.

Sunday, July 19, 2009

Perkhemahan Lencana Usaha dan Maju 2009




























































Pada 18 Julai hingga 19 Julai 2009 pengakap 36 Hulu Selangor telah mengadakan perkhemahan Lencana Usaha bagi ahli pengakap Muda tingkatan 1 hingga 2 dan Lencana Maju bagi ahli pengakap Muda tingkatan 3. Jawatankuasa pelaksana bagi perkhemahan ini ialah pengakap Kelana C Hulu Selangor. Seramai 35 orang telah berjaya mendapatkan lencana Usaha manakala 18 orang telah berjaya memperoleh lencana Maju. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh tuan Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor, Encik Che Zainuddin bin Che Mohd Nor. Turut hadir ialah penolong Pesuruhjaya Remaja Daerah Hulu Selangor, Puan Maziran Mustapha. Terima kasih di atas kerjasama semua pemimpin pengakap SMKSC yang terlibat dan tahniah kepada pengakap Kelana C Hulu Selangor kerana telah berjaya menjalani projek dengan baik.