Sunday, August 16, 2009

Anugerah Pengakap Raja 2009






















Hari ini 16 Ogos 2009 telah berlangsung majlis penganugerahan sijil perakuan Pengakap Raja dan Lencana Pengakap Raja kepada semua Pengakap Raja Negeri Selangor. Majlis berlangsung di Resort Perangsang, Templer dengan penuh meriah.

Antara penerima Pengakap Raja 2009 ialah Mohd Akashaf bin Anuar (SMK Sungai Choh) dan Dzulfitri bin Aziz (SMK Sungai Buaya). Tahniah kepada mereka berdua. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengetua, Pn Habshah, GKP KOKO Pn Alimah, para pemimpin kumpulan 36 dan PPM Daerah Hulu Selangor yang telah banyak membantu merealisasikan Pengakap Raja dari Hulu Selangor. Tidak lupa juga kepada cikgu Sharom Jaafar yang telah banyak membantu membimbing mereka.

Terima kasih dan Tahniah buat semua!!!.

Monday, August 3, 2009

Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan





















Pada hari ini, 3 Ogos 2009 dengan rasminya sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah dirasmikan oleh pengetua sekolah dengan penuh meriah. Unit pengakap telah turut sama memeriahkan sambutan perasmian tersebut. Semua ahli pengakap sesi pagi terlibat dalam konvoi kemerdekaan sambil memegang sepanduk yang melambangkan semangat patriotik "Selagi Hidup Selagi Berjuang" diiringi dengan laungan lagu patriotik. Perasmian sambutan bulan kemerdekaan diakhiri dengan menandatangani sepanduk 1 Malaysia oleh seluruh warga sekolah.

Sunday, August 2, 2009

Perkhemahan Lencana Kegiatan & Lencana Perkhidmatan & JOTA peringkat Negeri Selangor

Seramai 3 orang pengakap Remaja SMKSC telah menyertai perkhemahan Lencana Kegiatan dan Lencana Perkhidmatan & JOTA yang diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 di SMK Puncak Alam. Kuala Selangor. Ustaz Aziz telah mengiringi peserta sekolah bersama-sama 10 lagi ahli pengakap remaja sekitar Hulu Selangor. Seramai 232 pengakap Remaja seluruh Negeri Selangor kecuali daerah Sabak Bernam dan Sungai Besar telah turut serta dalam perkhemahan peringkat negeri tersebut. Tahniah buat semua dan harap maaf kerana tidak dapat bersama anda semua. Moga semua ahli pengakap yang menyertai perkhemahan ini akan menjadi calon pengakap Raja yang berkualiti kelak.