Friday, February 25, 2011

Kursus Manikayu Asas Penerangan Daerah Hulu Selangor Tahun 2011












Pada 24 Februari 2011, seramai 143 orang peserta kursus Manikayu Asas Penerangan yang terdiri daripada 59 pemimpin pengakap sekolah daripada sekitar Hulu Selangor dan 84 orang ahli-ahli kelana daripada SMK Sungai Choh, SMK KKB dan SMK Syed Masyor. Kelana SMK Sungai Choh telah disertai oleh 45 orang kelana. Kursus tersebut telah diadakan di SMK Sungai Choh, Hulu Selangor. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Tuan Haji Ishak bin Haji Jonid. beliau sempat memberi amanat dan kata-kata nasihat dan perangsang kepada semua peserta kursus. Pada majlis yang sama seramai 4 orang Penolong-penolong Pesuruhjaya telah menerima tauliah iaitu Encik Zahrul bin Kasirin, Puan Maharom binti Marjumat dan Encik Murshid manakala 4 orang pemimpin telah menerima Manikayu 2 bead masing-masing iaitu Encik Sahrom bin Jaafar, Encik Ahmad Niza bin Ahmad, Puan Norhasida binti Hassan, Hassanal Zairi dan Encik Joha. Pada majlis yang sama juga, puan Halezza binti Mohd Jabar @ Ibrahim pula telah dianugerahkan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara. Tahniah kepada semua peserta kursus, penerima tauliah, anugerah dan manikayu.

Saturday, February 19, 2011

Kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan Daerah Hulu Selangor Tahun 2011


Pada 12-13 Februari 2011, seramai dua orang Pengakap Muda telah menyertai kursus tersebut yang telah diadakan di SMK Bandar Sungai Buaya. Pada perkhemahan yang sama, dua orang calon pengakap Raja sekolah telah menerima Anugerah Ketua Pengakap Negara (Rambu Kuning).

Perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Selangor 2011



























Pada 18-20 Februari 2011, seramai 2 orang calon pengakap Raja sekolah telah menghadiri ujian sikap Pengakap raja yang telah dijalankan di Kem Rimba Templer, Rawang. Semoga Mohd Fauzul Aidil dan Hariz Azmi akan berjaya mengharungi ujian tersebut.