Friday, March 18, 2011

Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor Tahun 2011


c















Ujian Pentarafan Pengakap Raja dijalankan di Kem Rimba Templer, Rawang pada 12-16 Mac 2011. Hampir 200 org Calon Pengakap Raja telah mengharungi cabaran ujian dan cuaca untuk melayakkan diri dianugerahi Pengakap Raja sekiranya lulus. Seramai 12 orang calon Pengakap Raja Hulu Selangor telah turut terlibat dalam ujian tersebut. 2 orang Pengakap Remaja SMK Sungai Choh iaitu Hariz Azmi dan Mohd Fauzul Aidil antara yang terlibat dalam ujian pentarafan ini. Empat orang Kelana iaitu Intan Nurshafira Balqis, Amira Rasyidah, Ishak Sairozi dan Asraf Zainal telah terlibat sebagai QM Masakan dalam perkhemahan ujian tersebut.