Thursday, April 15, 2010

Kursus Ketua Patrol PPM daerah Hulu Selangor 2010














Pada 2 dan 3 April 2010 yang lalu, PPM Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Kursus Ketua Patrol dan 6 Sekawan bertempat di SMK Kuala Kubu Bharu. Beberapa peserta sempat bertemu Perdana Menteri Malaysia yang pada masa yang sama membuat lawatan ke Kuala Kubu Bharu.

Saturday, January 30, 2010

Kursus Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol dan Lencana Keahlian Kelana Siri 1




















Pada 30 Januari 2010 (Sabtu), semua ketua-ketua patrol dan penolong-penolong ketua patrol iaitu seramai 16 orang telah menghadiri kursus yang diadakan di bilik mesyuarat sekolah. Krew Kelana sekolah iaitu seramai 15 orang juga pada masa yang sama menyempurnakan siri pertama lencana keahlian mereka. Jurulatih terdiri daripada bekas pelajar SMK Sungai Choh yang kini juga seorang guru iaitu Safiruddin Kadir dan juga rakannya Cikgu Zainurin. Pemimpin sekolah Pn Halezza dan Cik Nurul Ain juga turut serta dalam kursus ini.

Monday, December 28, 2009

Kem Ujian Lencana XPDC dari Hulu Selangor - Fraser Peringkat Negeri Selangor






































Pada 17 Disember hingga 22 Disember 2009 PPM Negeri Selangor telah menjalankan ujian Lencana Ekspedisi yang bermula dari Hulu Selangor ke Bukit Fraser. Dengan kerjasama semua jabatan kerajaan Hulu Selangor, alhamdulillah, kem tersebut berjalan dengan jayanya. Ekspedisi bermula dari SMAT Kuala Kubu Bharu pada malam pertama kemudian ke SMK Kuala Kubu Bharu pada malam kedua dnegan menjalankan tugasan-tugasan di sekitar pekan kuala Kubu Bharu. Kemudian mula bergerak ke Kem Santuari Sungai Siling dan bermalam di sana. Kemudian keesokan harinya memulakan perjalanan ekspedisi ke Bukit Fraser. Terima kasih semua atas kerjasama menjayakan kem ini. Tahniah kepada semua peserta pengakap Remaja di mana mereka ialah calon-calon pengakap Raja Negeri Selangor. Dua orang dari mereka ialah pelajar SMK Sungai Choh. Gambar hanya di sekitar tarikh 21 Disember dan 22 Disember. Gambar sepanjang perjalanan ekspedisi sekitar tarikh 17 hingga 20 Disember akan diusahakan kelak.