Saturday, November 21, 2009

Perkhemahan kenaikan Pangkat Unit Uniform NGO Peringkat Negeri Selangor 2009



















Perkhemahan peringkat Negeri Selangor ini diadakan di Sekolah Menengah Agama Rawang yang melibatkan unit-unit uniform Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam dan PBSM. Ia berlangsung selama empat hari mulai 20 November hingga 23 November 2009. Objektif perkhemahan ini ialah mengadakan pelbagai ujian bagi kenaikan pangkat atau lencana. Hulu Selangor telah menghantar 9 ahli pengakap yang terdiri daripada Pengakap Muda dan Remaja dan 6 orang ahli Puteri Islam. Antara jurulatih daripada Hulu Selangor yang terlibat dengan perkhemahan ini ialah En. Murshid, En. Sahrom, En. Santhasekaran dan Puan Halezza.

Monday, November 2, 2009

Persidangan Pengakap Asia Pasifik ke- 23





































Seminar Pengakap Asia Pasifik kali ke -23 telah berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur di mana Malaysia telah menjadi tuan rumah pada seminar kali ini. Seramai 482 peserta yang terdiri daripada delegasi dan pemerhati daripa lebih 26 negara telah menghadiri seminar ini yang berlangsung selama 6 hari bermula 27 Oktober hingga 1 November. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat menjadi peserta bagi mewakili Malaysia bagi menyertai seminar ini. Antara yang disampaikan dalam seminar tersebut ialah aktiviti yang telah dijalankan oleh Pengakap seluruh Asia Pasifik dan perancangan aktiviti pembangunan pengakap. Berikut ialah senarai peserta Malaysia yang menyertai seminar pengakap Asia Pasifik ini:
1. Dato' Haji Kaharuddin Momin - Ketua Delegasi
2. Haji Mohd Adnan bin Hassan - Setiausaha
3. Dr Paramasivam Muthusamy - Delegasi
4. Tan Sow Sung Delegasi - Delegasi
5. Noor Hashim Ismail -Delegasi
6. Mohd Hanafiah Maulud - Delegasi
7. Datuk Awang Zaini - Pemerhati
8. Dunstan Melling Undau - Pemerhati
9. Haji Rosdi A.Rahman - Pemerhati
10. Dato' Hj Lias Mohd Noor - Pemerhati
11. Dato' Hj Yusoff - Pemerhati
12. Haji Said Bolhassan - Pemerhati
13. Abdullah Musa - Pemerhati
14. Ramakrishnan Ramasamy - Pemerhati
15.Mohd Ikhwan Abdullah - Pemerhati
16.Haji Saad Haji Salleh - Pemerhati
17.Roslan Mansor - Pemerhati
18 Che Zainuddin Che Mohd Nor - Pemerhati
19. Halezza Ibrahim - Pemerhati
20.Hj Ibrahim Abdullah - Pemerhati
21.Mohd Asik Saim - Pemerhati
22.Kenneth Soh Chee Whye - Pemerhati
23.Surendran Supramaniam - Pemerhati
24.Han Siew Kwong - Pemerhati
25.Mohamed Rusli Awang Mat - Pemerhati
26.Ahmad Farouk Ahmed Arifin - Pemrhati
27.Alfhian Jeffri Chin - Pemerhati
28.Meor Ahmad Faizal - Pemerhati
29.Mohd Zaini Isamail- Pemerhati
30.Amer Nizar Bashah - Pemerhati
31.Sreeanathan Steven - Pemerhati
32.Ong Beng Soon - Pemerhati
33.Ali Ahmad Seman - Pemerhati
34.Lau Hooi Lin - Pemerhati
35.Jamaliah Zamri - Pemerhati

Sunday, October 4, 2009

Jemputan Tarian Kebudayan ke PERODUA











Pada 16 Ogos 2009 yang lepas, pasukan tarian Pengakap Hulu Selangor telah mendapat jemputan bagi membuat persembahan tarian kebudayaan di PERODUA. Terima kasih kepada cikgu Sharom kerana banyak membimbing pasukan ini.

Sunday, August 16, 2009

Anugerah Pengakap Raja 2009






















Hari ini 16 Ogos 2009 telah berlangsung majlis penganugerahan sijil perakuan Pengakap Raja dan Lencana Pengakap Raja kepada semua Pengakap Raja Negeri Selangor. Majlis berlangsung di Resort Perangsang, Templer dengan penuh meriah.

Antara penerima Pengakap Raja 2009 ialah Mohd Akashaf bin Anuar (SMK Sungai Choh) dan Dzulfitri bin Aziz (SMK Sungai Buaya). Tahniah kepada mereka berdua. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengetua, Pn Habshah, GKP KOKO Pn Alimah, para pemimpin kumpulan 36 dan PPM Daerah Hulu Selangor yang telah banyak membantu merealisasikan Pengakap Raja dari Hulu Selangor. Tidak lupa juga kepada cikgu Sharom Jaafar yang telah banyak membantu membimbing mereka.

Terima kasih dan Tahniah buat semua!!!.

Monday, August 3, 2009

Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan





















Pada hari ini, 3 Ogos 2009 dengan rasminya sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah dirasmikan oleh pengetua sekolah dengan penuh meriah. Unit pengakap telah turut sama memeriahkan sambutan perasmian tersebut. Semua ahli pengakap sesi pagi terlibat dalam konvoi kemerdekaan sambil memegang sepanduk yang melambangkan semangat patriotik "Selagi Hidup Selagi Berjuang" diiringi dengan laungan lagu patriotik. Perasmian sambutan bulan kemerdekaan diakhiri dengan menandatangani sepanduk 1 Malaysia oleh seluruh warga sekolah.

Sunday, August 2, 2009

Perkhemahan Lencana Kegiatan & Lencana Perkhidmatan & JOTA peringkat Negeri Selangor

Seramai 3 orang pengakap Remaja SMKSC telah menyertai perkhemahan Lencana Kegiatan dan Lencana Perkhidmatan & JOTA yang diadakan pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 di SMK Puncak Alam. Kuala Selangor. Ustaz Aziz telah mengiringi peserta sekolah bersama-sama 10 lagi ahli pengakap remaja sekitar Hulu Selangor. Seramai 232 pengakap Remaja seluruh Negeri Selangor kecuali daerah Sabak Bernam dan Sungai Besar telah turut serta dalam perkhemahan peringkat negeri tersebut. Tahniah buat semua dan harap maaf kerana tidak dapat bersama anda semua. Moga semua ahli pengakap yang menyertai perkhemahan ini akan menjadi calon pengakap Raja yang berkualiti kelak.

Monday, July 20, 2009

Penyertaan Kempori Gombak 2009


Seramai 3 orang pengakap Remaja dan seorang pengakap Muda telah menyertai Kempori Gombak 2009 yang telah diadakan di Kem Templer, Selayang, Selangor pada 17 Julai hingga 20 Julai 2009. Kejayaan mereka menyertai Kempori ini melayakkan pengakap Remaja untuk memperoleh Lencana Kemahiran manakala pengakap Muda akan memperoleh Lencana Maju masing-masing selain Lencana Kempori yang disediakan pihak penganjur. Terima kasih kepada PPM Gombak yang sudi menjemput kami sebagai peserta jemputan.

Sunday, July 19, 2009

Perkhemahan Lencana Usaha dan Maju 2009




























































Pada 18 Julai hingga 19 Julai 2009 pengakap 36 Hulu Selangor telah mengadakan perkhemahan Lencana Usaha bagi ahli pengakap Muda tingkatan 1 hingga 2 dan Lencana Maju bagi ahli pengakap Muda tingkatan 3. Jawatankuasa pelaksana bagi perkhemahan ini ialah pengakap Kelana C Hulu Selangor. Seramai 35 orang telah berjaya mendapatkan lencana Usaha manakala 18 orang telah berjaya memperoleh lencana Maju. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh tuan Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor, Encik Che Zainuddin bin Che Mohd Nor. Turut hadir ialah penolong Pesuruhjaya Remaja Daerah Hulu Selangor, Puan Maziran Mustapha. Terima kasih di atas kerjasama semua pemimpin pengakap SMKSC yang terlibat dan tahniah kepada pengakap Kelana C Hulu Selangor kerana telah berjaya menjalani projek dengan baik.

Sunday, June 21, 2009

Pemilihan Calon dan Petugas Forum Asia Pasifik Region











Seramai 5 orang pengakap Kelana C Hulu Selangor terlibat dalam pemilihan calon dan petugas APR yang diadakan di Kem Dato' Dr Shafie Salleh, Bagan Lalang, Sepang, Selangor pada 19 Jun hingga 21 Jun 2009. Mereka terdiri daripada Adeeb, Amiera, Juliana, Amirul dan Nurfarahin. Semoga mereka berjaya terpilih.

Wednesday, June 10, 2009

Rover Moot Kelana 1 Malaysia 2009

ROVER MOOT KELANA 1 MALAYSIA

MAKLUMAN BUAT KELANA TERBUKA HULU SELANGOR DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN


TARIKH : 23 HINGGA 27 JULAI 2009

LAPUR DIRI : 3.00 PETANG 23 JULAI 2009 ( KHAMIS )

TEMPAT : KEM TENGKU MAHKOTA, BANDAR TUN RAZAK, JENGKA, PAHANG

BAYARAN : RM100 SAHAJA ( TERMASUK MAKAN MINUM / KIT MOOT DAN LAWATAN SEHARI KE TAMAN NEGARA PAHANG.)

AKTIVITI : PROJEK PIONEERING, PROGRAM EXTREME DAN UJIAN LENCANA SKIM PENGAKAP KELANA MALAYSIA.

PERALATAN : BAWA KHEMAH SENDIRI DAN PERALATAN KERJA.

ANJURAN : PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

BERMINAT : SILA HUBUNGI CIKGU HALEZZA DAN CIKGU MAHAROM