Thursday, April 21, 2011

Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda dan lencana Kegiatan Pengakap Remaja 2011

Pada 25 Mac- 27 Mac 2011 telah berlangsung Perkhemahan Lencana Kemajuan Pengakap Muda dan Lencana Kegiatan Pengakap Remaja di Kem Restu Ibu, Ulu Kalong, Batang Kali. Ia melibatkan penyertaan 514 orang peserta yang terdiri daripada pengakap Muda dan pengakap Remaja sekolah-sekolah sekitar Hulu Selangor. SMK Sungai Choh telah menghantar 17 ahli pengakap Muda untuk menyertai perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah simpulan dan ikatan, penyamaran, orienteering, radio amatur, pembinaan pondok sementara, kawat asas dan kawat tongkat, kebudayaan dan banyak lagi. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Puan Suhana binti Saad selaku Penolong Pegawai Pelajaran Hulu Selangor Unit Kokurikulum.

No comments:

Post a Comment