Sunday, February 15, 2009

Majlis Pentauliahan & Mesyuarat Pengurusan PPM Negeri Selangor

Pada 15 Februari 2009, Pn Halezza selaku Penolong Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor Unit Program telah menghadiri Majlis Pentaulihan dan Mesyuarat Pengurusan PPM Negeri Selangor bertempat di SK Puncak Alam, Kuala Selangor dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pesuruhjaya Daerah Hulu Selangor, En. Che Zainuddin telah terpilih untuk menjadi ketua Kontinjen Negeri Selangor ke Jambori Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke 7 di Kem Tan Chai Yan, Melaka. SMK Sungai Choh pula akan mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan Kebudayaan. Cikgu Suhaini dari SMK Kuala Khubu Bharu merangkap setiausaha kontinjen negeri.

Semoga kepercayaan mengurus kontinjen Negeri Selangor ke Jambori Antarabangsa Melaka yang diberikan oleh PPM Negeri Selangor kepada Daerah Hulu Selangor dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment