Sunday, April 26, 2009

Kenangan Sekitar Sambutan 100 Tahun PPM









Seramai 10 orang ahli pengakap SMKSC yang terdiri daripada Pengakap Muda, Remaja dan Kelana dan seorang guru pengiring, Pn Azilah Jais menyertai perhimpunan raksaksa sambutan 100 tahun PPM di Stadium Negara, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mereka mengikuti rombongan PPM Daerah Hulu Selangor dengan menaiki 2 bas iaitu seramai 70 ahli pengakap dan 11 orang pemimpin.
Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia selaku Menteri Pelajaran Malaysia. Antara orang kenamaan yang hadir ialah Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agong Kehormat PPM, Dato' Sri Dr Haji Shafie bin Hj Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Kaharudin bin Monin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mr. Jejomar C. Binay, Presiden Pengakap Region Asia Pasifik dan ramai lagi wakil pergerakan pengakap dari luar negara dari seperti Australia, Bangladeh, Brunei, India, Indonesia, Jepun, Maldives, Filipina, Singapura, Thailand, Timur Lestee, New Zealand dan Malta.
Dianggarkan sekitar 7000 orang memenuhi stadium. Antara persembahan yang diadakan ialah pameran pengakap, formasi kompang dari SK Sungai Kertas, Gombak, kawad kaki daripada Johor dan tarian daripada SK Polis Kem, Kulai Jaya, Johor. Tahniah atas semua yang sama-sama menyerikan majlis yang sungguh bermakna ini.

No comments:

Post a Comment