Monday, June 7, 2010

Perkhemahan Pengakap (Lencana Usaha & Maju, Lencana Kemahiran dan Vigil Kelana)











































Pada 5 hingga 6 Jun 2010, seramai 55 orang ahli pengakap Muda, pengakap Remaja dan Kelana telah menyertai perkhemahan Pengakap yang diadakan di sekolah. Perkhemahan tersebut merangkumi lencana mengikut unit masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah simpulan dan ikatan, membuat gajet, pioneering, orienteering, khidmat masyarakat di Masjid Sungai Choh, malam pengakap dan vigil kelana. Seramai 26 ahli kelana sekolah telah berjaya divigilkan dan dilantik sebagai kelana sekolah yang disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Kelana, En Sahrom b Jaafar.


Selain guru pemimpin sekolah, penolong pemimpin yang terlibat dalam perkhemahan ini ialah Kelana C Hulu Selangor yang kebanyakkannya ialah bekas pelajar SMKSC sendiri. Majlis penutupan perasmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Selangor iaitu Tuan Che Zainudin Che Mat Nor. Majlis penutupan juga turut dihadiri oleh Bendahari Kehormat Pengakap Daerah Hulu Selangor, Puan Maziran binti Mustafa, En Radhi b Razali (YDP PIBG) dan En Nordin (wakil PIBG). Puan Norlia Abu Bakar (GPK Kokurikulum) dan beberapa orang guru juga hadir memberi sokongan pada malam pengakap. Tahniah dan terima kasih di atas semua kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment