Friday, July 23, 2010

Kempori Pengakap Negeri Selangor Tahun 2010











Seramai 10 orang pengakap Muda dan 2 orang pengakap Remaja SMK Sungai Choh menyertai Kempori Pengakap Negeri Selangor yang diadakan di Kem Temasya Rimba Templer pada 23 Julai hingga 26 Julai 2007. Turut serta juga 2 orang Kelana yang akan menjalani lencana perkhidmatan mereka. Pasukan kebudayaan pengakap SMK Sungai Choh telah mewakili Hulu Selangor bagi pertandingan malam kebudayaan dan telah berjaya mendapat tempat ketiga pertandingan tersebut.

Jambori Sempadan Malaysia-Thailand Tahun 2010






Tahniah kepada Mohd Syahid bin Ismail dan Hariz Azmi kerana terpilih mewakili kontinjen Malaysia ke Jambori Sempadan Malaysia Thailand anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pelajaran Thailand. Mereka menaiki bas ke kem Timah Tasoh, Perlis pada 20 Julai 2010 untuk menjalani latihan pusat di sana selama dua hari sebelum ke Wilayah Saton, Thailand pada 23 Julai 2010 hingga 28 Julai 2010.

Lencana Perkhidmatan





Seramai 6 orang Pengakap Kelana sekolah telah menyempurnakan ujian perkhidmatan sempena Kursus Manik Kayu di Kem Temasya Rimba Templer pada 25 hingga 27 Jun 2010 dan 16 hingga 19 Julai 2010. Tahniah di atas perkhidmatan cemerlang mereka.

Monday, June 7, 2010

Perkhemahan Pengakap (Lencana Usaha & Maju, Lencana Kemahiran dan Vigil Kelana)











































Pada 5 hingga 6 Jun 2010, seramai 55 orang ahli pengakap Muda, pengakap Remaja dan Kelana telah menyertai perkhemahan Pengakap yang diadakan di sekolah. Perkhemahan tersebut merangkumi lencana mengikut unit masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah simpulan dan ikatan, membuat gajet, pioneering, orienteering, khidmat masyarakat di Masjid Sungai Choh, malam pengakap dan vigil kelana. Seramai 26 ahli kelana sekolah telah berjaya divigilkan dan dilantik sebagai kelana sekolah yang disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah Unit Kelana, En Sahrom b Jaafar.


Selain guru pemimpin sekolah, penolong pemimpin yang terlibat dalam perkhemahan ini ialah Kelana C Hulu Selangor yang kebanyakkannya ialah bekas pelajar SMKSC sendiri. Majlis penutupan perasmian telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hulu Selangor iaitu Tuan Che Zainudin Che Mat Nor. Majlis penutupan juga turut dihadiri oleh Bendahari Kehormat Pengakap Daerah Hulu Selangor, Puan Maziran binti Mustafa, En Radhi b Razali (YDP PIBG) dan En Nordin (wakil PIBG). Puan Norlia Abu Bakar (GPK Kokurikulum) dan beberapa orang guru juga hadir memberi sokongan pada malam pengakap. Tahniah dan terima kasih di atas semua kerjasama dan sumbangan yang diberikan.

Jambori 1 Malaysia 1 Belia


Pada 14-16 Mei 2010 seramai 4 orang ahli pengakap Muda SMKSC telah terpilih mewakili daerah ke Jambori 1 Malaysia 1 Belia di Wetland, Putrajaya. Daerah Hulu Selangor telah menghantar seramai 40 orang ahli pengakap Muda dan Remaja bagi menjayakan jambori tersebut.

Gambar ihsan Cikgu Mat Nizar TABURA